INFO DADAH

    
1.1 Definasi Dadah
Image result for gambar BAHAN DADAHDadah atau “drug” adalah bahan kimia yang amat membahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perakataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan “DRUG” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “USE”,“MISUSE” atau “ABUSE” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Terdapat empat sebab anda boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah seperti, kepeluan kewangan yang terdesak, tawaran kewangan yang lumayan , hadiah melancong ke luar negara dan ditipu/terpedaya dengan kekasih/teman.

1.2 Dadah Dan Ciri-Cirinya
Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri:

l  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang )
l  Penggunaannya adalah dilarang jika bukan untuk tujuan perubatan
l  Diperolehi secara haram
l  Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
l  Mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

1.3 Jenis-Jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu:

DADAH
JENIS-JENIS
Opiat
Heroin, Morfin, Candu, Kodien, Methodone
Despresen
Barbituratdanbukanbabiturat ,Tranquilizer
Stimulan
Amfetamin, Kokain, Pil Kuda, Ice, Kristal , Ecstacy
Halusinogen
Lysegic Acid Diethylamide (LSD ),Ketamin , Meskalin , Psilosibin
Kanabis
Ganja , Hashish
                 ( Sumber : Modul & Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (2007) )

1.4 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
1.4.1 KESAN KEPADA PENAGIH
l  Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih , penagih dan penjenayah
l  Tidak bertanggung jawab kepada persekolahan dan prestasi kerja .
l  Dari segi fizikal , penagih akan menjadi kurus , lemah tenaga , malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
l  Pitam , pengsan dan bekelakuan ganas .
l  Daya tahan penyakit akan berkurangan dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi , hepatits, tibi , HIV/AIDS dan maut .


1.4.2KESAN KEPADA KERLUARGA
l  Menjatuhkan maruah dan nama baik kerluarga.
l  Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya
l  Rumah tangga menjadi porak peranda
l  Berlaku peceraian dan keganasan rumah tangga dalam kerluarga.
l  Anak-anak menjadi bterabai dan seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka

1.4.3 KESAN KEPADA MASYARAKAT
l  Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan samun.
l  Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
l  Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah

1.4.4. KESAN KEPADA NEGARA
l  Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi
l  Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan dan menyelenggara program-progam pencegahan.
l  Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berlaku .

1.5 TANDA-TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH

1.     Tubuh badan yang sihat yang menjadi lemah, kurus dan tidak bermakna kerana kurang nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
2.  Mudah tersinggung dan naik radang dengan perasaan yang bukan-buk,an kerana mengesyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka.
Image result for TANDA PENYALAHGUNAAN DADAH
3.      Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memakai kaca mata gelap untuk melindunginya.
4.       Terdapat parut dan kesan-kesan luka calar, terutama di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan )
5.        Dari masa ke semasa menggeletar seperti kesejukan yang amat sangat .
6.        Suka menjauhkan diri daripada khalayak ramai ketempat - tempat sunyi atau gelap.
7.        Selalu melakukan perubatan atau gaya yang ganjil kerana dipengaruhi khalayan kesan   dadah yang mereka ambil.
8.     Tidak dapat mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental  sehingga percakapan susah difahami.
9.        Selalu mengatuk, hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

No comments: